Kuala Selangor di TAWAN!!!

Cerita Sejarah Nasi Goreng ini mengisahkan Kuala Selangor yang telah di tawan oleh sekumpulan budak-budak U12. Semangat yang ada dalam diri mereka telah membuahkan hasil apabila terpaksa bersedia dan mengatur strategi selama 3 hari ( anggaran oleh creator Nasi Goreng ). Segala perancangan telah di atur oleh pemimpin-pemimpin yang berwibawa seperti Hang Misai Ikhwan dan Ang Emi serta Ahli Jo Krako ( AJK ) yang mantap-mantap. BU12 ( budak U12) telah mendapat bantuan dari dalam bagi menawan kawasan tertentu di Kuala Selangor. Mereka mendapat bantuan dari Hang Gambar Dedeq yang telah men'download' segala data2 seperti Kota Malawati dan kediaman Raja Gayut. Bersenjatakan kamera, kacang, pisang dan rokok bagi yang profesional mereka berjaya menawan tempat tersebut.



Kacang telah di gunakan untuk menyerang Raja Gayut


Propaganda BU12 untuk menarik perhatian Raja Gayut ( sengih Raja Gayut )


Kesedihan apabila melihat kawasan telah di tawan BU12


Tempat yang cuba di masuki BU12 tapi tidak tercapai gara-gara papan tanda lawatan tidak dibenarkan semasa jam 7 petang


Salah satu tempat yang berjaya ditawan


Hang Misai Ikhwan melihat anak buah membuat kerja


Upacara meraikan kejayaan. Ayam bersama sosej di bakar untuk di santap beramai-ramai


Comments

Popular Posts