Saturday, October 23, 2010

BlackBerry Torch 9800 tak best?

BlackBerry Torch 9800?
Ape benda tu?
Hebat ke?
Best ke?
Apa yang Best?

booja sebenarnya kurang mendapat info pasal Blackberry Torch 9800. Nak buat macam mana, pendapatan tetap pun tiada lagi, student la katakan. Tapi ramai kawan-kawan booja cakap pasal BlackBerry. Baru tadi booja cuba search internet nak cari maklumat mengenai Blackberry Torch 9800. Nampak macam best dan meransang minda booja nak tahu lebih lanjut pasal benda ni.

Blackberry Torch 9800

Bentuknya nampak lembut, sedap mata memandang. Masa tengah baca tadi
booja tertengok satu info bahawa BlackBerry Torch 9800 ni 'multitouch' dengan skrin sebesar 3.2 inci. booja tak pernah ade hanphone touchscreen jadi tak tahu sangat pasal multi-multi ni. Bila da baca baru la tahu skrin smartphone ni boleh di sentuh guna banyak jari. Kamera BlackBerry Torch 9800 boleh tahan besarnya, 5.0 megapixel. Kalau ada phone ni senang sikit. Tak payah nak bawak kamera digital sampai penuh poket. Ade pulak multi-task, dah rupa macam laptop. Agaknya BlackBerry Torch 9800 ni dah macam mini pocket laptop ( dengan selamba booja bagi nama :P )
Dengar-dengar
Celcom ade buat promotion pasal BlackBerry Torch 9800. Kalau tak silap 28 Oktober 2010 ni Celcom ada buat event. Jadi sesiapa nak register dan berminat klik la

Celcom BlackBerry Torch 9800

Siapa daftar dulu dapat:
- Jabra Bluetooth Headset
- 8GB Micro SD Card
- Energizer Portable


Ni mesti event besar-besaran, ade BlackBerry Torch 9800 ade
Celcom EXEC 50. Apa yang booja dengar Celcom EXEC 50 ni lagi untung dari postpaid yang lain.
  • Harga RM50 sebulan da dapat guna.
  • Lepas tu siap ada bonus bulanan lagi, 30% diskaun bagi setiap bulan.
  • Kolling-kolling pula lebih kurang 15 sen ke setiap rangkaian. SETIAP RANGKAIAN TU.
  • Bila guna Celcom EXEC 50 boleh dapat percuma Celcom Broadband basic plan (384 kbps) selama sebulan.
Tapi yang pasti guna celcom senanng, rangkaian meluas. booja cakap macam ni sebab booja pun pengguna celcom juga. Cuma bukan Celcom EXEC 50 sebab ekonomi booja tak stabil. Takut tak dapat bayar bil bila guna lebih sangat. Prepaid celcom pun best ape.

Friday, October 22, 2010

Hantu punya Dendam

Dendam Yang Tersimpan. Kalau di simpan lama-lama boleh sampai ke tahap membunuh tu. Benda yang paling bahaya atas dunia.

Cuba bayangkan kalau dendam di simpan sampai ke tahap kritikal... Silap-silap semua orang sekeliling tak pasal-pasal kena tempias dendam.
Last-last semua orang mula kecik hati.

booja sendiri kadang-kadang ada rasa dendam.
Bila hantu tak puas hati, hantu bengang dan segala hantu masuk dalam badan mula la rasa nak mengungkit, menyumpah, rasa nak pukul, tak nak ada kaitan dengan orang yang dah menyeru hantu-hantu tu datang. Tapi nasib baik ingat nak istigfar banyak-banyak. Kalau tak grenti pecah, bukan grenti pecah tapi memang akan pecah punya muka pintu bilik. Kadang-kadang kawan sendiri pun boleh bagi dendam terbuku dalam hati. Yang penting kena ingat tuhan. Kalau ingat tuhan mesti boleh hilang. Geng-geng sendiri pun ada yang secara tak sengaja bagi sakit hati. Lagi-lagi yang ada geng-geng yang suka bergurau macam cipan. Bagi sesiapa yang ter'dendam' tu banyak-banyakkan bertenang. Lainlah kalau dendam berdarah yang dah memang tiada ubat atas dunia. Buat lah sesuatu yang boleh bagi hilang tekanan supaya hantu-hantu dendam keluar dari badan contoh macam :
  • berblog
  • menjerit dalam tandas
  • bawak motor laju-laju ( bagi sesiapa yang tak sayang nyawa )
  • tengok cerita kegemaran
  • makan benda sejuk atau manis
  • tidur
  • telefon orang
  • mandi
  • sembahyang sunat
  • lepak tempat yang tenang
  • main dengan binatang peliharaan
  • tarik nafas dan rilex
Mesti hilang dendam sementara yang tiba-tiba ter'create' oleh something a.k.a seseorang.

p/s : sekarang hantu-hantu yang di sebut ada dalam badan booja. Tengah nak keluarkan dari badan. Bagi yang dah menyeru hantu ni, jauhkanlah diri anda. Hahahaha....

Thursday, October 21, 2010

Kuala Selangor di TAWAN!!!

Cerita Sejarah Nasi Goreng ini mengisahkan Kuala Selangor yang telah di tawan oleh sekumpulan budak-budak U12. Semangat yang ada dalam diri mereka telah membuahkan hasil apabila terpaksa bersedia dan mengatur strategi selama 3 hari ( anggaran oleh creator Nasi Goreng ). Segala perancangan telah di atur oleh pemimpin-pemimpin yang berwibawa seperti Hang Misai Ikhwan dan Ang Emi serta Ahli Jo Krako ( AJK ) yang mantap-mantap. BU12 ( budak U12) telah mendapat bantuan dari dalam bagi menawan kawasan tertentu di Kuala Selangor. Mereka mendapat bantuan dari Hang Gambar Dedeq yang telah men'download' segala data2 seperti Kota Malawati dan kediaman Raja Gayut. Bersenjatakan kamera, kacang, pisang dan rokok bagi yang profesional mereka berjaya menawan tempat tersebut.



Kacang telah di gunakan untuk menyerang Raja Gayut


Propaganda BU12 untuk menarik perhatian Raja Gayut ( sengih Raja Gayut )


Kesedihan apabila melihat kawasan telah di tawan BU12


Tempat yang cuba di masuki BU12 tapi tidak tercapai gara-gara papan tanda lawatan tidak dibenarkan semasa jam 7 petang


Salah satu tempat yang berjaya ditawan


Hang Misai Ikhwan melihat anak buah membuat kerja


Upacara meraikan kejayaan. Ayam bersama sosej di bakar untuk di santap beramai-ramai


Tuesday, October 19, 2010

BerseKUNCI di Parking

Selalu kalau pergi mana-mana mesti kena bawak kunci motor. Kunci tayar ke, kunci rantai ke atau segala jenis kunci lah. Kalau boleh sekali dengan side mirror pun nak kunci. Bukan apa, risau kalu motor hilang. Benda bukannya murah yang boleh di beli di tepi jalan.

"motor, motor, motor.... 3 seringgit 3 seringgit 3 seringgit... murah murah boleh pilih"

Kalau ada kedai macam ini mesti ramai budak kecik jadi superman..



Nasib baik motor tak dijual macam pisang goreng. Tapi bila motor dapat di beli hati pula yang gelisah. Setiap 5 minit nak pergi tengok. Takut hilang la katakan, lagi-lagi motor baru beli. Sebab itu kena kunci kalau pergi mana-mana. Tapi bila tak bawak kunci lain pula jadinya. Mulalah nak minta tolong kunci sekali. Kunci dekat tayar pun kira ok sebab ada 'KUNCI'



Kadang-kadang kunci pun tak dapat jaga keselamatan motor terchenta. Berharap saja pada yang berkuasa semoga tak di kebas oleh orang yang bijak pandai buka kunci.

Monday, October 18, 2010

Ayat Kerugian

Bisnes pertama yang booja buat. Sebelum ni dah pernah berbisnes tapi semua macam bisnes tanpa tujuan. Kali ni bisnes yang boleh di katakan menguntungkan tapi lambat. booja buat bisnes ni sekadar suka-suka. Selain itu dapat tambah koleksi kawan yang da penuh dalam kepala. Ramai orang cakap berbisnes boleh tambah duit. Tapi tak semua bisnes boleh menguntungkan. Kadang-kadang ada masa bisnes boleh jatuh merudum. Tapi semua itu dugaan semasa berbisnes. Bisnes yang booja buat kecil kecilan je, bisnes topup. Walaupun modal kecil, keuntungan dan kerugian masih boleh di rasa bagi orang yang hidup sederhana macam booja. Nak tambah duit belanja la katakan. Kerugian akan melanda booja bila kawan-kawan akan keluarkan ayat macam :

"esok bayar boleh??"
"masuk buku 555 dulu ok ( sambil senyum macam kerang busuk )"
"nanti aku bagi duit"

kadang-kadang ada yang dengan selamba cakap "nak 10. No ni" Memang kerugian lah macam nie. Tapi sebab kawan-kawan kira ok r. Tapi kalau orang lain no money no topup. Hehe. Part yang best bila semua nak bayar duit. Masa tu memang happy habis sebab dapat duit. Siapa tak suka duit kak oi....
Tapi ekonomi booja da makin menurun. Duit poket pun dah nak kering, jadi duit modal pun terpaksa guna untuk makan. Harap-harap tak lingkup niaga sudah.

Saturday, October 16, 2010

Nasi Goreng Dalam Nasi Goreng


Nama Nasi Goreng tapi keluarkan gambar kueh teow. Mmg betol-betol mencemarkan image nasi goreng. Hehehe. Sebenarnye booja nak tanya pendapat sahabat sahabat, yang mana satu lagi sedap??? Kueh Teow atau Nasi Goreng. booja dah banyak sangat makan Nasi Goreng dengan Kueh teow. Jadi tak dapat nak bezakan yang mana satu sedap atau tak. Dua dua macam sama sedap sebab kedua-duanya mengenyangkan. Bagi booja apa yang penting??? Kerjasama!!! Bukan yang itu la. Apa yang penting poket tak kering. Hidup sederhana kena berjimat cermat. kalau tidak makan nasi berlaukkan meggi je lah. Contohnya macam gambar kat bawah ni :

Apelah nasib tuan punya nasi, lauk meggi je yang dapat di sediakan. Entah dapat makan ke tak. (Mestilah dapat. Itu je yang mampu.Nak buat macam mana duit dalam bank RM 10.00 ) Kesian betol. Ade RM10 je. Hehehe :) Tapi sekarang ekonomi da stabil. Dah oleh beli Nasi Goreng

booja harap ekonomi akan makin stabil. Boleh lah booja beli Nasi Goreng banyak2

Friday, October 15, 2010

Kelantan VS Selangor

VS

STADIUM SULTAN MOHD IV
15 / 10 / 2010



Perlawanan paling hangat dan paling mantap. Bukan stakat pemain yang bersemangat tetapi penonton juga bersemangat. Semangat kesukanan yang tinggi tapi harap tiada kecelakaan yang akan berlaku semasa perlawanan ini dan booja harap tiada masalah yang berlaku.
Pernah skali booja pergi tengok kelantan lawan kl plus, penonton memag semangat habis. Gelagat penonton lagi menarik perhatian daripada permainan. Memang best sgt2. Jd jom rmai2 penuhkan stadium. Baru bergegar stadium.....