Tuesday, October 19, 2010

BerseKUNCI di Parking

Selalu kalau pergi mana-mana mesti kena bawak kunci motor. Kunci tayar ke, kunci rantai ke atau segala jenis kunci lah. Kalau boleh sekali dengan side mirror pun nak kunci. Bukan apa, risau kalu motor hilang. Benda bukannya murah yang boleh di beli di tepi jalan.

"motor, motor, motor.... 3 seringgit 3 seringgit 3 seringgit... murah murah boleh pilih"

Kalau ada kedai macam ini mesti ramai budak kecik jadi superman..



Nasib baik motor tak dijual macam pisang goreng. Tapi bila motor dapat di beli hati pula yang gelisah. Setiap 5 minit nak pergi tengok. Takut hilang la katakan, lagi-lagi motor baru beli. Sebab itu kena kunci kalau pergi mana-mana. Tapi bila tak bawak kunci lain pula jadinya. Mulalah nak minta tolong kunci sekali. Kunci dekat tayar pun kira ok sebab ada 'KUNCI'



Kadang-kadang kunci pun tak dapat jaga keselamatan motor terchenta. Berharap saja pada yang berkuasa semoga tak di kebas oleh orang yang bijak pandai buka kunci.

4 comments:

  1. memang kena berhati-hati.kita kalau parking sampai 3,4 kunci guna.iyelah kadar jenayah tinggi ni kat jb

    ReplyDelete
  2. kdang2 ade yg sje2 buka kunci yg d pasang tp x curi pn... sje nk test kehebatan buka kunci...

    ReplyDelete
  3. kalau konvoi bawak rantai besi terus, blh ikat bnyk2

    ReplyDelete
  4. bawak skali dengan pengunci tayar... hehehe...

    ReplyDelete

Tinggal kata keramat