Saturday, November 6, 2010

Jom makan

Post booja kali ini mengenai makanan yang pernah aku makan. Semestinya makanan no 1 dalam blog ini adalah Nasi Goreng. Medan Seksyen 7 Shah Alam menjadi tempat santapan bagi sesetengah makanan di bawah. Bagi pembaca-pembaca yang pernah pergi, mesti pernah tengok. Jom kita tengok gambar yang dapat di tangkap dan di simpan dalam laptop booja.

Nasi Goreng Kampung



Semestinya gambar yang menjadi header aku, Nasi Goreng Kampung. Rasanya memang sedap bersama Kriuk-Kriuk asli iaitu ikan bilis. Bukan sekadar mengenyangkan malah mengeluarkan bunyi bila menggigit ikan bilis yang rangup.


Nasi Goreng Kampung Bukit


Nama Nasi Goreng Kampung Bukit memang tiada dalam menu, yang ada cuma Nasi Goreng Kampung. Tapi ini merupakan salah satu keistimewaan yang ada pada sebuah kedai di medan Seksyen 7, Zam. Kedai ini memang best. Satu pinggan boleh makan untuk dua orang. Boleh kenyang 2 hari makan nasi ini. Tapi nak makan dekat sini kena sabar sebab masa makanan akan sampai di meja lebih kurang 30 hingga 40 minit. Kalau bernasib baik, makanan akan sampai lebih awal. Tempat ini menjadi terkenal gara-gara Bukit yang ada atas pinggan.




Nasi Goreng Cendawan

Nasi Goreng Cendawan merupakan makanan kegemaran booja semasa di matrik dulu, Kolej Matrikulasi Perak. Masakan 'Abe' Cafe A memang best. Nasi Goreng Cendawan masak kuning. Best. Tapi gambar ini diambil dekat restoran adik pintar (nama di reka sendiri gara-gara cashier perempuan yang boleh mengira harga makanan dengan sepantas kilat.) Kedainya bersebelahan dengan kedai Zam. Air carrot susu kedai ini memang paling terbaik.


Nasi Goreng Seafood Kicap

First time booja tengok Nasi Goreng Seafood warna hitam. Mungkin ini salah satu tarikan atau tukang masak tersilap letak kicap. Rasanya kurang sikit dari yang asli tapi masih boleh dimakan. Mungkin susah nak percaya tapi kalau tengok betul-betul, terdapat satu hirisan sotong pada nasi tersebut. Mungkin Nasi Goreng Seafood Kicap di masak khas untuk booja seorang.



Nasi Goreng Ladna

Rasa Nasi Goreng Ladna memang berbeza, lain dari yang lain. Nasi goreng yang berkuah ala2 sup pekat memang sedap dimakan. Orang yang sakit pada bahagian mulut tidak mempunyai masalah untuk makan nasi ini kerana senang di telan. Lengkap dengan sayur-sayuran dan kalau bernasib baik nasi yang di tempah menpunyai makanan laut seperti udang dan sotong. Tetapi rasa nasinya agak kosong. Kalau mempunyai rasa semestinya header blog ini di tukar menjadi Nasi Goreng Ladna.



Nasi Ayam



Nasi ayam seperti ini boleh didapati di Central Market. Harga cuma RM5.00. Rasanya tak dapat di gambarkan kerana bukan booja yang makan. Nampak macam best sebab semua tuang ayam dibuang dan isinya sahaja yang dihidang.



Nasi Putih + Tomyam

Makanan yang di 'order' semasa di Central Market. Nasi putih bersama tomyam. Harga cuma RM6.90. Boleh meleleh air liur bila tengok tomyam yang di hidang. Tomyamnya memang best tapi tidak dapat menandingi tomyam yang menjadi kegemaran booja iaitu Tomyam Belut. Papadom, tembikai dan telur mata disediakan bersama hidangan ini.


Nasi Goreng Tumpah

Hidangan yang paling best, Nasi Goreng Tumpah. Hidangan ini boleh di buat sendiri. First, tempah Nasi Goreng Seafood. Kemudian bila hidangan sampai, masukkan sudu ke dalam nasi dan pukul tekan sudu sampai terpelanting. Semua nasi akan terpelanting dan terciptalah Nasi Goreng Seafood Tumpah. Cubalah hidangan ini kalau keberanian dan kewangan peribadi sudah terlebih. Sahabat booja, Zain yang berada dalam gambar telah mencuba dan berjaya menghasilkan hidangan baru.

10 comments:

  1. smua nasi goreng..
    yg x tahan nasi goreng tumpah tu..
    hahaha..

    ReplyDelete
  2. hehehe.... resepi turun temurun rekaan sendiri....

    ReplyDelete
  3. pic last tu rakus sungguh dia makan sampai tumpah haha

    ReplyDelete
  4. kelaparan agaknye.... hehehe...

    ReplyDelete
  5. huhuhu... nasi goreng tumpah pon ada... mesti sedap...

    ReplyDelete
  6. semestinya... ade perasa tambahan... hehehe...

    ReplyDelete
  7. perghh!! tetiba rasa lapar lak tengok nasik smua ni.. haha

    ReplyDelete
  8. cuba teka mana MM dalam pic diatas???

    ReplyDelete

Tinggal kata keramat