Monday, November 15, 2010

Pe yang aku buat

Aku mempunyai banyak impian. Contohnya nak menjadi ahli biotech dan menjadi researcher tapi tak tahulah kesampaian atau tidak. Tapi impian yang aku nak ceritakan ini cuma impian kecil yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang rajin dan berminat dalam bab-bab ini.

Aku mempunyai satu impian yang mungkin tak masuk akal bagi sesetengah orang, lain dari yang lain. Aku suka pelihara binatang. Impian ku untuk membina reban dan membela puyuh sudah tercapai. Aku dapat membina sebuah reban yang dapat memuatkan lebih kurang 100 ekor puyuh. Jumlahnya amatlah sedikit berbanding penternak-penternak puyuh yang lain. Tapi ini merupakan satu permulaan atau dalam mat salleh orang panggil 'starting point'. Aku berharap segala usahaku selama 3 hari membina akan menaikkan semangat ku untuk mengembangkan lagi impian ku ini. Aku berharap suatu hari nanti aku dapat membeli sebidang tanah dan dapat memelihara binatang kesukaan ku :
puyuh, arnab, lembu, kambing dan ikan kelah.

Permulaan pembinaan reban puyuh :


Pencarian kayu yang OK dan cukup untuk membina reban


Kayu hendaklah di ukur sebelum memulakan aktiviti memaku supaya reban nampak lebih kemas.


Jaring besi (orang kampung aku panggil biarsi) dan papan lapis aku gunakan untuk membuat dinding reban


Inilah reban yang masih dalam pembikinan, pembinaan dan pembuatan


Inilah puyuh yang telah aku beli, sebanyak 50 ekor
10 jantan dan 40 betina


6 comments:

  1. asal puyuh gak yg ko suke nk bela...adoi......

    ReplyDelete
  2. bkn ske tp itu yg telah d pilih dalm pilihanraya binatang yang senang d pelihara.... kalu ikutkn nk plihara arnab... tapi kos tnggi sgt.... xde hasil sgt... rmai x mkn.... kalau puyuh dpt tlur....

    ReplyDelete
  3. akhirnya tercapai gak cita2 ko...smoga bjaya dalam bidang yang diceburi, huhuhu

    ReplyDelete
  4. jarang anak muda nak berternak... selalunye nak merempit jer.... keep up ur good work

    ReplyDelete
  5. impian ade... kalau ade rezeki boleh brjya...

    ReplyDelete

Tinggal kata keramat