Monday, July 8, 2013

Metromall Pudu untuk disewa

One Metromall Pudu kini di buka....

  
                                                Kbox
                                                                                             OldTown White Coffee      


                                        Bazaar Ramadhan



One Metro Pudu Mall. Shop utk disewa. Berdekatan dgn:

Ibis Styles Hotel
HELP City Hostel
HELP College
LRT Chan Sow Lin
Old Town White Coffee
Wok & Roll Cafe
Fruitee Smoothie & etc...

size: 10x10 ft
Price: RM1200 (Negotiable)

If interested pm via fb/4booja or
call 017-6786456-Hakim





Friday, June 14, 2013

Final year Fever

Istilah final year ibarat satu sem yang paling relax bagi student. 
Tapi hakikatnya tahun terakhir ini lah paling banyak kerja nak kena buat. 
Projek, FYP, DP dan macam2 lagi. 
Tapi kerje yang banyak macam ini mungkin menjadi satu pembelajaran bagi menghadapi alam pekerjaan yang lagi mencabar??



Sambil2 buat projek sambil2 snap gambar student2 buat projek. 
Bak kata orang alang2 celup pekasam biar sampai ke pangkal lengan... 
tapi dari celup tangan baik masak ke jual ke... lagi orait..


Thursday, June 13, 2013

Pre-Graduation Night 2013

Agak lama tidak update blog. Nasib baik tak bersawang blog nie. Kalau ada labah-labah konfermmmm dah beranak pinak dalam blog nie.

Last post 14 jun 2012 Malam Aprisiasi, kalau ikutkan dekat setahun jugak blog nie menyepi. Alang-alang rasa bosan try la update blog nie. Paling tidak pun nampak la blog nie hidup lagi.

Event dinner terbaru yang aku pergi untuk kali ini Pre-Graduation Night 2013. Walaupun lambat lagi graduate, aku tetap pergi.

Makan dekat De Palma Hotel bayar RM25 je!!!  Sape tak nak. Al maklumla kaki makan. Tempat bayar murah makan sedap semua aku pergi.

Evening Elegance, Grand Ballroom De Palma Hotel


No cabutan bertuah yang tak berapa nak bertuah.

Selamat bergraduasi bagi member2 yang dah habis belajar.....

Thursday, June 14, 2012

Malam Aprisiasi



Penulis Lirik : Oblong
Penyanyi : Oblong, Hafiz, Zen, Alif, Awe, Ishaq, Rahimy, Amir
Gitar : Jalut, Sam, Booja

TERKENANG..DAN TERBAYANG TAK DAPAT AKU LUPAKAN 


TAPI SAYANG SEMUANYA TINGGAL KENANGAN


SKUAD KU PALAPES KU KU INGIN SEPERTI DULU

BERSAMA MENJELAJAH DUNIA

KEKUATAN KEBANGGAAN BEBAS DAN TERUS BERSAMA

KENANGAN TAK MUNGKIN AKU LUPAKAN

DAN KUHARAP SKUAD SEMUA DAPAT BERSAMA SEMULA

PERJUANGAN KITA MASIH BELUM PUDAH

AKAN HILANG NYA.. SKUAD SETIA

PERJUANGAN.. KU INGIN KAU SEMUA

BERSAMA SEMULA

AKAN HILANG NYA.. TEMAN SETIA

PERJUANGAN.. KU INGIN KAU SEMUA

AKAN HILANG NYA.. TEMAN SETIA

PERJUANGAN.. KU INGIN KAU SEMUA

BERSAMA SEMULA

Wednesday, June 13, 2012

Crazy Time

video
Doing something when mental disorder..

Saturday, March 10, 2012

Pancing Bujang Lapok + 1

12am hingga 7am  = bosan




Jadi aktiviti aku minggu ini adalah memancing bersama geng Bujang Lapok + 1 (Amir,Sharef,Shazwan + diri aku sendiri) 



Gara-gara kempunan memancing yang teramat sangat kami membuat aktiviti memancing tetapi berbayar.  Walaupun berbayar aku tetap berpuas hati kerana dapat menggunakan joran aku yang sudah bersawang.


Tempat itu memang terbaik. Sekali naik Patin seberat 8 kilo ke atas (orang punya). 


Rezeki di tengah malam hingga pagi, kami bawa pulang. ikan Patin 2 ekor. Rezeki-rezeki. Makan tengah hari lauk ikan patin hari ini. 


Chef Shazwan masak ikan patin dengan cara menggoreng. Goreng pun gorenglah. Yang penting duit poket tengah hari ini selamat.


Selepas di potong-potong. Akibat 'over excited' lupa nak ambil gambar sebelum di potong.

Wednesday, March 7, 2012

Belajar,Bekerja atau Berniaga

 
Belajar : Aku terfikir akan masa hadapan bila melihat keputusan peperiksaan yang agak mengecewakan. Sememangnya Keputusan peperiksaan aku kali ini mengecewakan kerana daripada 5 target ku hanya 3 yang gagal. Tetapi aku masih lagi bersyukur pada tuhan. Mungkin aku tidak mampu untuk mengulang kembali sekiranya ke lima-lima subjek tersebut gagal. Setiap benda yang berlaku ada hikmahnya.  




Bekerja : Setelah melihat keputusan dan subjek yang bakal di ambil tahun ini, aku semakin serabut. Mungkin sudah tiba masanya aku menitik noktahkan segala yang aku belajar dan mula bekerja. Perasaan aku berkata sudah sampai masa aku berhenti. Hati aku berkata bahawa berhenti dengan tidak berhenti sama saja. 


credit to: Syahmi Rs 



Berniaga : Orang kata berniaga hati kena kuat, otak kena pandai. Dunia perniagaan penuh dengan dugaan. Aku berminat untuk berniaga cuma masa tidak mengizinkan. Hidup sebagai seorang pelajar tidak membataskan diri aku untuk berniaga, cuma tidak mampu mencuba perniagaan yang lebih besar.  

credit to: Shazwan Afiq




Hidup ini begitu menarik sebab terdapat banyak pilihan. 

Monday, May 9, 2011

Sky

Place : Tasik Seksyen 7, Shah Alam
Time : 7 pm

Gambar ini aku ambil semasa sedang bersiar-siar sambil berjogging di Tasik Seksyen 7, Shah Alam. Mula-mula jogging aku tidak perasan akan kewujudan awan ini. Semasa tengah berehat di hujung simen (yang terdapat dalam gambar) aku terpandang awan ini. Jadi aku terus ambil HP Sony Ericsson K800 aku dan tangkap gambar tersebut. Bentuk awan ini seakan-akan cendawan besar yang terdapat di belakang kawasan UniSel. Tetapi kawan aku cakap seperti bom atom baru meletup. Ape-ape je lah... Yang pasti awan ini cantik. Awan ini kelihatan seperti mempunyai banyak lapisan dan sedang berpusing menunjukkan kecantikannya.