Pancing Bujang Lapok + 1

12am hingga 7am  = bosan




Jadi aktiviti aku minggu ini adalah memancing bersama geng Bujang Lapok + 1 (Amir,Sharef,Shazwan + diri aku sendiri) 



Gara-gara kempunan memancing yang teramat sangat kami membuat aktiviti memancing tetapi berbayar.  Walaupun berbayar aku tetap berpuas hati kerana dapat menggunakan joran aku yang sudah bersawang.


Tempat itu memang terbaik. Sekali naik Patin seberat 8 kilo ke atas (orang punya). 


Rezeki di tengah malam hingga pagi, kami bawa pulang. ikan Patin 2 ekor. Rezeki-rezeki. Makan tengah hari lauk ikan patin hari ini. 


Chef Shazwan masak ikan patin dengan cara menggoreng. Goreng pun gorenglah. Yang penting duit poket tengah hari ini selamat.


Selepas di potong-potong. Akibat 'over excited' lupa nak ambil gambar sebelum di potong.

Comments

Popular Posts