Wednesday, February 9, 2011

Senyuman Tanpa Gigi

srettt!!! srettt!!! srett!! Anda di TAG!!

Bukak blog hari ini terpampang di skrin laptop sebelah kiri. Aku sudah di tag. Adus, macam malas pula nak balas tag. Tapi kalau tak balas tak syok, tak tenang jiwa dibuatnya. Si MM ni xde kerje laen ke nak menge'TAG'. Papepon thanks to MM lah sebab mengesyorkan dan menge'tag' contest ni.
Dari apa yang MM tulis, dia cakap dia adalah pilihan pakwe yang terbaek. Dari gambar senyum tanpa gigi dia tu memang sah dia pilihan yang terbaek... Grenti kembang lubang hidung bila MM baca entry ni.

http://muazatuladawiyyah.blogspot.com/ <--- tuan tanah punya contest


"ape punya kawan. nak cakap xpandai blaja da lepas matrik tp pegang buku pn boleh terbalik." kata si baju putih tanpa tunjuk gigi....











Nama-nama terpilih.......

2. deno
3. amoi
4. semua follower BnB...






Tuesday, February 8, 2011

Wan Child Gila Pancing

Kami memang minat memancing. Orang cakap memancing ni hobi yang bagus. Boleh mengajar erti kesabaran. Tapi bagus ke memancing bila matahari 90 darjah atas kepala, ombak 3 meter, kawasan berbatu pertembungan sungai dengan pantai, senang cerita dekat tanjung atau muara. Tapi geng-geng Wan Child tak pernah fikir semua tu. Asal sebut di mulut terus sampai ke destinasi.

Matahari 90 darjah + ombak 3 meter + kawasan berbatu = mencari nahas

Tempat Kami memancing di agak 'famous' di kalangan budak2 kelantan. Kalau tak kenal tempat ni boleh di katakan dia tak pernah makan ikan semasa bertapak di bumi kelantan.
Tempat ni orang panggil Tok Bali. Tempat ikan naik.

Adoi air surut pun mau pergi mancing ka pakcik oi..

Rasa-rasanya kaki pancing yang sebenar pun tahu masa yang sesuai nak pancing ikan. Yang tu kaki pancing... ini Gila Pancing. Memang betul-betul gila pancing sebab ikan sebesar 3 jari pun nak bawa balik. Al-maklumlah nak jadikan bahan bukti bahawa tak sia-sia gila memancing.

Berkaki ayam tak bermakna tak reti mancing.

Buluh terpacak di bawa air. Tengok betapa surutnya air. Lumut pun boleh nampak. Jangan di sangka air yang berombak tiada ikan. Tiga ekor ikan sembilang berjaya di tewaskan.

Bahang matahari membakar kulit. Duduk sebentar di balik bayang. Walaupun badan terasa sakit. Niat memancing tetap di pasang.

Friday, February 4, 2011

Tangan kebas Idea kosong



Ape motif gambar di atas. Faham-fahamkanlah sendiri........