Tuesday, February 8, 2011

Wan Child Gila Pancing

Kami memang minat memancing. Orang cakap memancing ni hobi yang bagus. Boleh mengajar erti kesabaran. Tapi bagus ke memancing bila matahari 90 darjah atas kepala, ombak 3 meter, kawasan berbatu pertembungan sungai dengan pantai, senang cerita dekat tanjung atau muara. Tapi geng-geng Wan Child tak pernah fikir semua tu. Asal sebut di mulut terus sampai ke destinasi.

Matahari 90 darjah + ombak 3 meter + kawasan berbatu = mencari nahas

Tempat Kami memancing di agak 'famous' di kalangan budak2 kelantan. Kalau tak kenal tempat ni boleh di katakan dia tak pernah makan ikan semasa bertapak di bumi kelantan.
Tempat ni orang panggil Tok Bali. Tempat ikan naik.

Adoi air surut pun mau pergi mancing ka pakcik oi..

Rasa-rasanya kaki pancing yang sebenar pun tahu masa yang sesuai nak pancing ikan. Yang tu kaki pancing... ini Gila Pancing. Memang betul-betul gila pancing sebab ikan sebesar 3 jari pun nak bawa balik. Al-maklumlah nak jadikan bahan bukti bahawa tak sia-sia gila memancing.

Berkaki ayam tak bermakna tak reti mancing.

Buluh terpacak di bawa air. Tengok betapa surutnya air. Lumut pun boleh nampak. Jangan di sangka air yang berombak tiada ikan. Tiga ekor ikan sembilang berjaya di tewaskan.

Bahang matahari membakar kulit. Duduk sebentar di balik bayang. Walaupun badan terasa sakit. Niat memancing tetap di pasang.

2 comments:

Tinggal kata keramat