Monday, November 15, 2010

Pe yang aku buat

Aku mempunyai banyak impian. Contohnya nak menjadi ahli biotech dan menjadi researcher tapi tak tahulah kesampaian atau tidak. Tapi impian yang aku nak ceritakan ini cuma impian kecil yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang rajin dan berminat dalam bab-bab ini.

Aku mempunyai satu impian yang mungkin tak masuk akal bagi sesetengah orang, lain dari yang lain. Aku suka pelihara binatang. Impian ku untuk membina reban dan membela puyuh sudah tercapai. Aku dapat membina sebuah reban yang dapat memuatkan lebih kurang 100 ekor puyuh. Jumlahnya amatlah sedikit berbanding penternak-penternak puyuh yang lain. Tapi ini merupakan satu permulaan atau dalam mat salleh orang panggil 'starting point'. Aku berharap segala usahaku selama 3 hari membina akan menaikkan semangat ku untuk mengembangkan lagi impian ku ini. Aku berharap suatu hari nanti aku dapat membeli sebidang tanah dan dapat memelihara binatang kesukaan ku :
puyuh, arnab, lembu, kambing dan ikan kelah.

Permulaan pembinaan reban puyuh :


Pencarian kayu yang OK dan cukup untuk membina reban


Kayu hendaklah di ukur sebelum memulakan aktiviti memaku supaya reban nampak lebih kemas.


Jaring besi (orang kampung aku panggil biarsi) dan papan lapis aku gunakan untuk membuat dinding reban


Inilah reban yang masih dalam pembikinan, pembinaan dan pembuatan


Inilah puyuh yang telah aku beli, sebanyak 50 ekor
10 jantan dan 40 betina


Wednesday, November 10, 2010

2nd award...

Dapat award lagi??? Wahahahaha.... Tq to Nurnatrah yang baik hati memberi award kepada booja. Tak sempat nak menulis pasal award ni. hehehe

Wah berkelip-kelip

Creative award to me from NurNatrah


Tq very very very much. :)
Award ini booja berikan kepada blogger-blogger yang creative :
Khas untuk blogger-blogger di atas daripada booja. Ingat nak tag ramai-ramai tapi tak larat. Hehe :P

Tuesday, November 9, 2010

Award?

First time booja dapat award. Tidak di sangka blog biasa macam blog booja ada orang bagi award. Thank to Nur Natrah. Tangan dan otak booja macam tak tahu nak tulis ape sebab nie first award sebagai blogger. Thanks.....


1. Write 5 interesting facts about the person who gave u this award

-nur natrah suka berjalan-jalan
-nur natrah benci kanak-kanak
-nur natrah sorang yang childish
-nur natrah seorang yang happening
-nur natrah merupakan follower yang slalu lawat blog booja

2.Write down 10 intresting facts about yourself and your hobby

booja
-suka buat sesuatu yang baru
-suka hadapi cabaran
-seorang yang sukar di gambarkan
-suka dengan binatang
hobby
-memelihara binatang

3.10 deserving recipient and describe them

semua follower booja

4. link the of the person who gives this award to u.


5.spread the award to 15 bloggers who u like & u think their blog r awesome





Monday, November 8, 2010

GiveAway Domain From MelRomeo.Com

Testing my luck. Melz dengan blognya Melromeo.com ada buat Giveaway domain. First time masuk benda-benda macam nie. Nak tahu jugak ape perasaan bila masuk benda-benda cam nie. Ada yang cakap masuk contest atau sesuatu yang seumpama dengannya dapat eratkan silaturrahim antara blogger. Tiba-tiba di tagg oleh Cik Liz membuatkan booja rasa macam nak join jugak. Jom join ramai-ramai.


GIVE AWAY Domain Daripada MELROMEO.COM

Tag 5 Orang Kawan BLOGGERS

1.MM

2.deno

3.nurnatrah

4.ain&fik

5.cikpuanraihah

MENANG 1 DOMAIN .COM / NET / ORG

GIVEAWAY DARI MELROMEO.COM

Sunday, November 7, 2010

Kenapa mesti mati?

booja ada satu akuarium. Nak kata besar kecik je. Dalam tu ade ikan kecik-kecik dengan seekor ikan ketutu. Dah banyak kali booja beli anak ikan nak bagi makan dekat ikan ketutu. Tapi yang tak tahan kalau booja beli mesti ada yang mati. sekali mati 4 5 ekor. Habis duit poket beli anak ikan la jawabnye.


Tak tahu lah ape puncanya boleh mati. Ade kawan cakap tak cukup makan, sebab anak ikan tu selalu duk kat permukaan macam nak makanan. Tapi booja rasa oxygen dalam akuarium tak cukup nak menampung anak ikan yang banyak. Jadi kalau boleh sesiapa yang tahu bab-bab ikan ni bagi lah cadangan sikit.

Saturday, November 6, 2010

Jom makan

Post booja kali ini mengenai makanan yang pernah aku makan. Semestinya makanan no 1 dalam blog ini adalah Nasi Goreng. Medan Seksyen 7 Shah Alam menjadi tempat santapan bagi sesetengah makanan di bawah. Bagi pembaca-pembaca yang pernah pergi, mesti pernah tengok. Jom kita tengok gambar yang dapat di tangkap dan di simpan dalam laptop booja.

Nasi Goreng Kampung



Semestinya gambar yang menjadi header aku, Nasi Goreng Kampung. Rasanya memang sedap bersama Kriuk-Kriuk asli iaitu ikan bilis. Bukan sekadar mengenyangkan malah mengeluarkan bunyi bila menggigit ikan bilis yang rangup.


Nasi Goreng Kampung Bukit


Nama Nasi Goreng Kampung Bukit memang tiada dalam menu, yang ada cuma Nasi Goreng Kampung. Tapi ini merupakan salah satu keistimewaan yang ada pada sebuah kedai di medan Seksyen 7, Zam. Kedai ini memang best. Satu pinggan boleh makan untuk dua orang. Boleh kenyang 2 hari makan nasi ini. Tapi nak makan dekat sini kena sabar sebab masa makanan akan sampai di meja lebih kurang 30 hingga 40 minit. Kalau bernasib baik, makanan akan sampai lebih awal. Tempat ini menjadi terkenal gara-gara Bukit yang ada atas pinggan.




Nasi Goreng Cendawan

Nasi Goreng Cendawan merupakan makanan kegemaran booja semasa di matrik dulu, Kolej Matrikulasi Perak. Masakan 'Abe' Cafe A memang best. Nasi Goreng Cendawan masak kuning. Best. Tapi gambar ini diambil dekat restoran adik pintar (nama di reka sendiri gara-gara cashier perempuan yang boleh mengira harga makanan dengan sepantas kilat.) Kedainya bersebelahan dengan kedai Zam. Air carrot susu kedai ini memang paling terbaik.


Nasi Goreng Seafood Kicap

First time booja tengok Nasi Goreng Seafood warna hitam. Mungkin ini salah satu tarikan atau tukang masak tersilap letak kicap. Rasanya kurang sikit dari yang asli tapi masih boleh dimakan. Mungkin susah nak percaya tapi kalau tengok betul-betul, terdapat satu hirisan sotong pada nasi tersebut. Mungkin Nasi Goreng Seafood Kicap di masak khas untuk booja seorang.



Nasi Goreng Ladna

Rasa Nasi Goreng Ladna memang berbeza, lain dari yang lain. Nasi goreng yang berkuah ala2 sup pekat memang sedap dimakan. Orang yang sakit pada bahagian mulut tidak mempunyai masalah untuk makan nasi ini kerana senang di telan. Lengkap dengan sayur-sayuran dan kalau bernasib baik nasi yang di tempah menpunyai makanan laut seperti udang dan sotong. Tetapi rasa nasinya agak kosong. Kalau mempunyai rasa semestinya header blog ini di tukar menjadi Nasi Goreng Ladna.



Nasi Ayam



Nasi ayam seperti ini boleh didapati di Central Market. Harga cuma RM5.00. Rasanya tak dapat di gambarkan kerana bukan booja yang makan. Nampak macam best sebab semua tuang ayam dibuang dan isinya sahaja yang dihidang.



Nasi Putih + Tomyam

Makanan yang di 'order' semasa di Central Market. Nasi putih bersama tomyam. Harga cuma RM6.90. Boleh meleleh air liur bila tengok tomyam yang di hidang. Tomyamnya memang best tapi tidak dapat menandingi tomyam yang menjadi kegemaran booja iaitu Tomyam Belut. Papadom, tembikai dan telur mata disediakan bersama hidangan ini.


Nasi Goreng Tumpah

Hidangan yang paling best, Nasi Goreng Tumpah. Hidangan ini boleh di buat sendiri. First, tempah Nasi Goreng Seafood. Kemudian bila hidangan sampai, masukkan sudu ke dalam nasi dan pukul tekan sudu sampai terpelanting. Semua nasi akan terpelanting dan terciptalah Nasi Goreng Seafood Tumpah. Cubalah hidangan ini kalau keberanian dan kewangan peribadi sudah terlebih. Sahabat booja, Zain yang berada dalam gambar telah mencuba dan berjaya menghasilkan hidangan baru.

Thursday, November 4, 2010

Microbiology



Microbiology? Subjek yang aku ambil sem ini. Tapi semua sudah berakhir. Exam subjek Microbiology sudah lepas. Tapi aku tidak tahu apakah nasib kertas jawapan ku. Di tanda secara biasa-biasa, di maki atau di simbah dengan air kopi. Semua terletak pada tangan pemeriksa.

Banyak yang aku belajar mengenai Microbiology. Banyak nama yang pelik-pelik aku jumpa, Robert Koch, Antonie van Leeuwenhoek, Robert Hooke, Louis Pasteur dan ramai lagi. Semua ini orang-orang yang tersohor dalam Microbiology. Contohnya Leeuwenhoek telah mencipta microscope yang pertama dan Louis Pasteur telah mencipta cara untuk menyimpan makanan supaya tahan lebih lama iaitu teknik pempasteuran.


Antonie van Leeuwenhoek


Tempat mempasteur susu

Microbiology mempunyai makna yang meluas. Semua saintis yang mengkaji virus, bakteria dan mengkaji tentang kehidupan mikro tergolong dalam kalangan Microbiologist.

Banyak yang aku belajar mengenai subjek ini. Belajar mengenai virus, bakteria, fungi adik beradik dengan cendawan, sel-sel dalam pokok dengan haiwan dan macam-macam lagi. Lepas belajar subjek ini baru aku tahu bahawa banyak lagi benda hidup selain daripada yang dapat dilihat dengan mata kasar. Aku belajar macam mana nak menternak bakteria. Ternak bakteria tidak sama dengan ternak lembu atau kambing. Tempat yang diperlukan dan keadaan tempat itu perlu memenuhi segala kehendak bakteria. Kalau tidak bakteria yang di ternak lambat membiak dan silap-silap hari bulan akan mati.



Semakin aku belajar subjek ini, aku rasa aku makin dekat dengan PenciptaNya. Begitu hebat ciptaanNya yang tidak dapat ditandingi oleh manusia. Manusia hanya mampu belajar dan mengetahuinya dengan lebih dalam.