Microbiology



Microbiology? Subjek yang aku ambil sem ini. Tapi semua sudah berakhir. Exam subjek Microbiology sudah lepas. Tapi aku tidak tahu apakah nasib kertas jawapan ku. Di tanda secara biasa-biasa, di maki atau di simbah dengan air kopi. Semua terletak pada tangan pemeriksa.

Banyak yang aku belajar mengenai Microbiology. Banyak nama yang pelik-pelik aku jumpa, Robert Koch, Antonie van Leeuwenhoek, Robert Hooke, Louis Pasteur dan ramai lagi. Semua ini orang-orang yang tersohor dalam Microbiology. Contohnya Leeuwenhoek telah mencipta microscope yang pertama dan Louis Pasteur telah mencipta cara untuk menyimpan makanan supaya tahan lebih lama iaitu teknik pempasteuran.


Antonie van Leeuwenhoek


Tempat mempasteur susu

Microbiology mempunyai makna yang meluas. Semua saintis yang mengkaji virus, bakteria dan mengkaji tentang kehidupan mikro tergolong dalam kalangan Microbiologist.

Banyak yang aku belajar mengenai subjek ini. Belajar mengenai virus, bakteria, fungi adik beradik dengan cendawan, sel-sel dalam pokok dengan haiwan dan macam-macam lagi. Lepas belajar subjek ini baru aku tahu bahawa banyak lagi benda hidup selain daripada yang dapat dilihat dengan mata kasar. Aku belajar macam mana nak menternak bakteria. Ternak bakteria tidak sama dengan ternak lembu atau kambing. Tempat yang diperlukan dan keadaan tempat itu perlu memenuhi segala kehendak bakteria. Kalau tidak bakteria yang di ternak lambat membiak dan silap-silap hari bulan akan mati.



Semakin aku belajar subjek ini, aku rasa aku makin dekat dengan PenciptaNya. Begitu hebat ciptaanNya yang tidak dapat ditandingi oleh manusia. Manusia hanya mampu belajar dan mengetahuinya dengan lebih dalam.

Comments

  1. blaja gak ke sblom nie.... snang???

    ReplyDelete
  2. yup..kte amek cos microbiolgy..tapi dah abz so sngt wndu ngn microbe=)
    sng?emm..kne mint bru sng..tapi tok kite tak sng..cme bila dah g prktikal sngt srnk ngn mirobe nie=)

    ReplyDelete
  3. mgkn nnti booja makin minat akn microbe... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggal kata keramat

Popular Posts