Wednesday, March 23, 2011

Tekanan Perasaan

Penulis,
booja

Tekanan Perasaan, 23 Mac: Bermacam-macam tekanan yang terdapat atas dunia. Tekanan perasaan, tekanan jiwa, tekanan dalam fizik, tekanan darah dan macam-macam lagi. Seorang pelajar bernama booja telah mengalami tekanan perasaan serta tekanan gas dalam perut yang menyebabkannya terpaksa menggagalkan diri dalam menghadiri kelas. Tekanan yang di alaminya telah memaksa dirinya berulang alik ke bilik rehat beberapa kali. setelah berjaya mengubati sakit yang dirinya alami beliau terpaksa mencari jalan untuk melepaskan serta mengubati tekanan perasaan yang dialaminya.

Beliau melakukan cubaan untuk pergi ke Port Dickson seorang diri tetapi tidak mempunyai keberanian tahap pelagak ngeri untuk menunaikan hajatnya. Sehubungan dengan tu beliau telah mencari jalan untuk menghilangkan 'stress' yang dialaminya. McFlurry Oreo merupakan salah satu cara beliau menenangkan dirinya. Kesejukan serta keenakan aiskrim dapat membuat dirinya lupa akan masalah yang dialaminya. Segala masalah berpunca dari dirinya sendiri. Tasik Seksyen 7 menjadi tempat dirinya menenangkan diri.

Dirinya bertambah tenang apabila dapat melihat beberapa kelibat manusia melakukan aktiviti yang menjadi kegemarannya iaitu memancing. Melihat telatah seorang yang berumur hampir separuh abad memancing membuat hatinya gembira. Cuma 60% ketenangan yang diperolehinya tatkala melihat seseorang melakukan hobi kegemarannya.

Destinasi yang seterusnya adalah PAS, Plaza Alam Sentral Shah Alam. Tetapi tiada sebarang ketenangan yang diperolehi dengan melihat orang bermain bowling serta karaoke seorang diri yang hanya menambahkan 'stress' yang dialaminya. Tepat jam 1.30 petang, ketenangan yang sebenar mula diperolehi. Masjid Shah Alam menjadi tempat mendaatkan segala ketenangan dengan menunaikan solat zohor berjemaah.

Pertama kali menjejakkan kaki kedalam Masjid Shah Alam menyebabkan dia agak kekok dengan persekitaran masjid. Ruang wuduk terpaksa dicari berdasarkan gerak geri jemaah lain yang ingin mengambil wuduk. Ketenangan 100% berjaya diperolehinya ketika imam membaca doa serta hampir menitiskan air mata melihat keindahan ruang solat yang dihiasi dengan ayat al-quran serta reka bentuk yang menyentuh jiwa.

No comments:

Post a Comment

Tinggal kata keramat