Ampunilah Dosaku

'Hidup ini cuma sekali'. Tapi hidup ini boleh terjadi banyak kali. Kehidupan yang terjadi banyak kali tidak bermakna perlu melalui kematian dan di hidupkan semula. Seseorang yang hampir kehilangan nyawa terasa seperti diberikan kehidupan baru atau diberi peluang. Seseorang yang menghidapi penyakit kronik pasti bersyukur jika diberikan peluang untuk hidup seperti manusia yang lain. Manusia yang sihat tubuh badan seharusnya bersyukur dengan nikmat kesihatan yang telah dianugerahkan oleh tuhan.

Selain daripada mereka yang terselamat dari panggilan kubur, ada juga yang menganggap bahawa mereka telah diberikan kehidupan yang baru apabila mendapat petunjuk ke jalan yang benar. Orang yang kembali ke pangkal jalan dan bertaubat untuk tidak mengulangi kesalahan, dirinya sama seperti bayi yang baru lahir.

Adess terasa seperti terbuka hati nak menulis benda-benda macam ini. Mungkinkah aku sudah semakin dekat dengannya. Cukupkah amalan yang aku buat selama ini? Semuanya terletak di tangan tuhan. Manusia biasa seperti aku hanya mampu menurut perintah dan yang penting sekali aku harus menikmati segala nikmat yang telah diberikan dengan sepenuhnya dan tidak melampaui batas.

Comments

Popular Posts