Belajar,Bekerja atau Berniaga
Belajar : Aku terfikir akan masa hadapan bila melihat keputusan peperiksaan yang agak mengecewakan. Sememangnya Keputusan peperiksaan aku kali ini mengecewakan kerana daripada 5 target ku hanya 3 yang gagal. Tetapi aku masih lagi bersyukur pada tuhan. Mungkin aku tidak mampu untuk mengulang kembali sekiranya ke lima-lima subjek tersebut gagal. Setiap benda yang berlaku ada hikmahnya.
Bekerja : Setelah melihat keputusan dan subjek yang bakal di ambil tahun ini, aku semakin serabut. Mungkin sudah tiba masanya aku menitik noktahkan segala yang aku belajar dan mula bekerja. Perasaan aku berkata sudah sampai masa aku berhenti. Hati aku berkata bahawa berhenti dengan tidak berhenti sama saja.
credit to: Syahmi Rs
Berniaga : Orang kata berniaga hati kena kuat, otak kena pandai. Dunia perniagaan penuh dengan dugaan. Aku berminat untuk berniaga cuma masa tidak mengizinkan. Hidup sebagai seorang pelajar tidak membataskan diri aku untuk berniaga, cuma tidak mampu mencuba perniagaan yang lebih besar.
credit to: Shazwan Afiq
Hidup ini begitu menarik sebab terdapat banyak pilihan.
Comments
Post a Comment
Tinggal kata keramat